Sekolah Kebangsaan Sungai Rek (sebelum diubah kepada Sekolah Kebangsaan Lela) Mulai beroperasi pada 5 Jun 1982 sebagai sekolah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Laloh , dengan bilangan murid seramai 99 orang dan 4 orang guru. Pada masa itu, hanya kelas tahun 1 hingga tahun 3 sahaja yang ada manakala murid-murid di tahun 4,5 dan 6 masih belajar di Sekolah Kebangsaan Laloh. Pada 01 Januari 1983, barulah sekolah, ini diberi pentadbiran sendiri dan bebas dari menjadi sekolah cawangan Sekolah Kebangsaan Laloh.
Orang yang pertama dilantik untuk menjadi Guru Besar sekolah ini ialah Tn.,Hj Yaacob B Abd Rahman. Pada ketika itu sekolah ini; mempunyai seramai 153 orang murid dengan 7 orang guru.
Pada tahun 1997, Sekolah Kebangsaan Lela Jasa telah mendapat kemudahan sebuah asrama desa. Asrama Desa ini dapat memberi banyak kemudahan kepada murid-murid sekolah ini, terutama bagi murid-murid yang tinggal terlalu jauh dengan sekolah. Pada tahun tersebut Bilangan penghuni asrama desa ini adalah seramai 50 orang.
Pada tahun 2000, Sekolah Kebangsaan Lela Jasa telah mendapat kemudahan bangunan baru, Ianya terdiri daripada dua blok bangunan 3 tingkat. Bangunan baru ini telah dapat digunakan pada awal tahun persekolah 2001.
Pada tahun 2002, asrama baru yang moden telah dibina. Asrama ini terdiri daripada dua blok bangunan empat tingkat dan satu bangunan dewan makan. Asrama baru mulai beroperasi pada awal tahun 2004. Sehingga kini asrama ini dihuni oleh 200 orang murid dengan empat orang warden.
Pada tahun 2004, sebuah musalla yang cantik dan moden dan sebuah makmal komputer telah dibina di sekolah ini.
Sekolah Kebangsaan Lela Jasa kini mempunyai lebih kurang 330 orang murid dengan 25 orang guru untuk meneruskan agenda pendidikan negara.
No comments:
Post a Comment